BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 22, 2010

tips utk kenali seseorg itu berbohong atau tidak.. jeng3

Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Tapi, bila seseorang itu bercakap, kita boleh tahu sama ada dia berbohong atau tidak. Salah satunya adalah dengan mengamati mata dia. Mengapa demikian?

Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar atau berbohong.

Ini kerana, mengikut sains, bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreativiti. Maka bila bola mata ke kiri, bererti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. Ini kerana bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.

waaa, bagus3..lepas ni, tgk mata org je.. perhatikan sama ada dia berbohong atau tak.. tp jgn laa lepas ni, bila bercakap, mata asyik nak gerak ke kiri secara paksaan pula..haha.. dlm cerita jepun MR BRAIN pn ada bgtau mengenai teknik2 ni.. best citer tuh!

Ciri fizik lain ketika seseorang sedang berbohong adalah:
Badan berpeluh
Nafas tercungap-cungap
Nada suara berbezaa
Badan dan wajah seperti kaku khususnya di dahi dan bibir.
Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
Cuba ubah topik perbualan, jika ekspresinya seperti lega, bererti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, bererti ia sedang berkata jujur.

p/s: silalah bercakap benar walaupun kebenaran itu kadang-kadang agak pahit untuk ditelan.. wah! so, sekarang sila cakap benar sgn saya kerana saya sedang memerhatikan anda! hahaha, gerun tak?

0 comments: