BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

pernah tak?

  1. pernah tak korg mimpi best, pastu terjaga, tapi mimpi tak habes lagi.. pastu, paksa diri untuk tido semula, and force untuk menyambung mimpi tu.. yg bestnya, ia memang bersambung! haha, dapat tau endingnye..yatta~
  2. pernah tak, korg dalam fikiran nak cakap something, tapi tiba2 terkeluar word lain.. cth: aritu memang teringin sangat nk minum air jambu batu..tp bila sampai kat kaunter air di food court tu, tiba2 ter sebut "errr, saya nak air sirap limau"..haiyaaa, jauh beza tu..terpaksa minum juge.. ini tandanya kata hati dengan kata fikiran tidak selari.. kenapa begini? -_-"
  3. pernah tak, kawan kamu tanya lain, kamu jawab lain tanpa sedar dgn muka serius.. bajet jawapan betul, muka tak bersalah langsung.. cth: di suatu event yg memerlukan org untuk beratur, then ada kawan tanya' dila, ni macam mana nak berbaris ni? saya dengan konfident nye menjawap one word sahaja -'tiga!' okeh, saya jawab tiga.. menjawab soalan tak rasa-rasanya?...haha
  4. pernah tak terdetik dalam hati mcm situasi ni.. okeh, anda sedang melihat seorang wanita cantik pakai heels tinggi giler jalan depan anda.. then, terdetik kat hati " amboi kak, pegi UO je, pakai heels tinggi2 ni, nanti kang terpelecok ke, terjatuh ke, kan susah"then, all of sudden, dia terpelecok depan saya!! fuuh, tahan gelak je laa.. bukan saya mendoakan dia jatuh, tapi imaginasi saya memang benar2 berlaku.. hehe, tak baik punya~
  5. pernah tak korg makan landak? wakaka...
  6. pernah tak kamu berjumpa dgn seorang kawan yang benar2 boleh baca fikiran kamu, faham perasaan kamu dan tahu apa yang berlaku dengan hanya melihat riak wajah sahaja.. saya kagum mempunyai kawan yg sebegini..

0 comments: